satu kesilapan yang sangat besar apabila kita mendapat kerja, diberi pangkat tetapi kita memasukkan hal-hal peribadi di dalam kerja… apabila dilantik maka kita mesti pandai membahagikan kerja dan urusan peribadi, tanggungjawab dan perasaan hati..
Apabila menerima amanah kena teruskan sampai matlamat terakhir, tidak boleh keluar masuk, rehat tangguh… kerana disebabkan kelalaian kita, memasukkan hal-hal peribadi kedalam amanah menyebabkan orang lain tertangguh kerja.. cuba fikirkan siapakah kita untuk orang lain memberi perhatian yang terlalu manis sedangkan banyak lagi kerja-kerja yang belum disiapkan.. toleransi dalam kerja sangat penting.. buat kerja dengan gembira dan redha bukan, terpaksa dan lebih kurang kerana orang yang yakin dengan janji Allah mereka yakin wujudnya pembalasan bagi mereka yang ikhlas … seeru ‘ala barakatillah
[アミル哲也]